Saturday 6 June 2009

Kecewa

How do u deal with dissapointment?
Mungkin sesetengah drpd kita menangis. Mungkin juga mengamuk. Throwing tantrum. Atau tak buat apa-apa langsung. Bergantung pd sifat masing-masing. Tapi aku percaya bhw kekecewaan adlh perkara yg sgt sukar diterima oleh sesiapa pun.
Aku pun pernah kecewa. Aku harap org lain tak akan mengalaminya.

Monday 1 June 2009

CUTE BABIES

You guys gotta watch this!


Wrong pronunciation




Baby talking in her own language... Ngee



I will upload two more videos later.

Friday 8 May 2009

HEROES


Aku sekarang tengah into giler dengan cerita Heroes. Plot cerita tu memang menarik sangat. Kreatif. Buat penonton rasa ingin tahu sangat-sangat. Ability yang diorang kaitkan dengan biologi dan kimia, almost make sense. Walaupun struktur bahan kimia yang diorang lukis tu sah-sah tipu and catalyst tu confirm la tipu kan. Mana ada catalyst duk dalam badan manusia pastu nak transfer kat badan orang lain cam guna magic lak kan.

Anyways
siri Heroes tu memang amazing. One thing I noticed pasal Heroes, you are special the way you are. Tak kira la apa yang diorang ada, apa pun abilities, superpowers yang diorang posess, diorang tetap istimewa. Lain daripada yang lain. Sangat berkait rapat dengan realiti hidup ni kan. Siapa pun kita, kita tetap istimewa. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Yeah, dia doktor. Dia engineer. Dia professor. Tapi what makes them any better? They are still humans. Kalau takde tukang jahit baju, dapat ke diorang pakai coat? Kalau takde tukang potong ayam, kita ada masa ke nak potong ayam? Kalau takde cab driver, diwaktu kita nak cepat dan perlukan kenderaan sangat-sangat, cab jugak yang kita cari.

Pebandingan. Manusia suka buat perbandingan. Itu lagi baik. Ini lagi baik. Itu tak bagus. Ini tak bagus.
Okay. Kalau bagus sangat, cuba suruh architect tebar roti canai. Melainkan architect tu ada pengalaman tebar roti canai, tentu roti canai tu hancur. Jangan rasa itu lebih baik. Ini lebih baik. Apa yang kita ada, apa kita sekarang ni, terima aje. Kita cuma perlu try our best to make us better. Better dalam menjadi diri kita, menjadi siapa kita. Anggaplah diri kita ni hero. Kalau tak mampu nak selamatkan dunia, selamatkan diri sendiri pun cukuplah. ;-)

P/S: Penagih dadah, perogol, penjenayah dan semua jenis
criminals baik dari segi undang-undang negara dan juga agama adalah tidak termasuk dalam perbincangan ini sebab mereka memang hampeh kecuali kalau dah insap.

Wednesday 6 May 2009

Entahlah...

Kata-kata yang keluar daripada emosi, tajam maksudnye.. Boleh jadi menyakitkan hati orang lain.. Boleh juga menghancurkan diri sendiri.. Menconteng arang ke muka sendiri.. Membuka rahsia sifat sebenar, sifat buruk yang tak sepatutnya orang lain tau.. Paling penting, kata-kata yang terkeluar tanpa berfikir dua kali bisa memutuskan silaturrahim.. Menimbulkan perbalahan.. Dengki.. Benci..

Perbuatan yang dilakukan akibat hati yang marah, membinasakan.. Boleh jadi dendam.. Mungkin juga timbul kekasaran.. Lebih buruk sekiranya melibatkan nyawa.. Tapi lebih teruk lagi kalau melukakan hati org lain.. Mana mungkin sembuh luka itu.. Semuanya akan sentiasa terpahat dlm ingatan walau maaf sudah diberi..

Aku juga manusia.. Tidak terlepas daripada membuat dosa..

Ingatan untuk diri aku sendiri....JANGAN ngumpat org.. JANGAN memperkecilkan org.. JANGAN merasakan diri lebih baik drpd org lain.. JANGAN melayan org sesuka hati tanpa memikirkan hatinya.. JANGAN bersangka buruk.. JANGAN marah terlalu lama.. JANGAN dendam... JANGAN benci...JANGAN putuskan silaturrahim.. JANGAN leka dengan dunia.. JANGAN bermasam muka.. JANGAN tinggal solat.. JANGAN lupa berdoa.. JANGAN lupa meminta maaf.. JANGAN hipokrit.. JANGAN JANGAN JANGAN JANGAN..

Banyak betul jangan.. Harap-harap semua jangan dpt dielakkan dgn sempurna...

Nasihat juga buat rakan-rakan...

Tuesday 5 May 2009

Terluka

Hati ni sekian lama dah dilukai.. Cess... Ayat jiwang... Hyperbola...
Tapi itulah hakikatnye... Aku dah penat.. Penat dilayan mcm orang asing... Bukan makhluk asing ye...
Kemana perginye kemesraan?
Mana perginya senyuman?
Mana perginye salam?
Huh.. Kalau begini kita dilayan, apa guna kita mengharap...
Mengharap sesuatu yang pasti takkan terjadi... Aku cuma inginkan penjelasan... Penjelesan? Duhh...
Kenapa? Apa yg terbuku di hati? Apa punca dingin?
Apa sebabnye? Beri aku sebab... Aku juga manusia...
Bukan patung.. Bukan binatang peliharaan.. Bukan keluarga tak bermakna bukan bersaudara... Kita kan orang Islam.. Salam tu pengerat hubungan... Tapi mana perginye salam...???
Aku mula benci... Benci dgn manusia hipokrit...
Salah orang lain sibuk dicanang.... Tapi, salah yang dicanang tulah yang dibuatnye...
Bukanke sama dia dan org yg diumpat tu?? Tak sedar??
Kalau tak suka org buat kita, kita jgnlah buat org.... Sudah tau sakitnye hati dilayan begitu, masih mahu buat pada org lain...
Duhh.. Inikah dunia..?? Manusia membenci perbuatan manusia yg lain... Tapi perbuatan yang dibenci itulah yg dilakukannya....


I'M TIRED.

Wednesday 29 April 2009

Jangan Marah

"Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah."

.. JANGAN MARAH!

Monday 27 April 2009

ANTARA SIFAT CELA

Pasted from http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/04/antara-sifat-cela.html

1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.


2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

5) HASAD ; ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.

6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

8) KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.

10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Pasted from http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/04/antara-sifat-cela.html

Layan sesuka hati

Boleh ke kita layan orang sesuka hati?

Bila rasa nak sembang, kita sembang.

Bila rasa nak diam, kita diam.

Bila rasa nak buat tak tau, kita buat tak tau.

Bila rasa nak hempas-hempas barang, kita hempas sekuat hati.

Bila rasa tak nak senyum, kita tak senyum.


Tapi, tahu tak apa perasaan orang yang dilayan sebegitu rupa? Tahu tak apa hati kecil dia rasa? Tahu tak menyakitkan hati perbuatan tu? Ingat kita ni apa? Punching bag? Sesuka hati je nak layan macam tu? Bila rasa takde kawan, baru tau nak cari. Nak jadikan tempat luah perasaan. Bila rasa moody, orang senyum buat tak tau je. Macam ni ke sifat manusia? Anggap orang lain tu macam bukan sebahagian daripada dunia ni. Macam dunia tu revolves around dia seorang je.

Kepada anda semua, sila layan orang sekeliling dgn sebaik-baiknya. Tak payah la nak buat macam orang lain tu tak significant. Jangan ingat diri tu prominent sangat. Ini bukan drama tv whereby cuma hero ngn heroin drama je yang important. Tapi ni real life. Setiap orang ada role masing-masing. Setiap orang pun perlu dititikberatkan perasaannya. Bukan perasaan anda seorang je yang perlu dijaga. Takkan la awk tu tension, orang lain jadi tempat luah marah kot. Tak rasional, tak matang dan tak baik langsung! Lagipun, kita ni kan sume bersaudara. Saudara Islam. Takkan la nak bermusuh pulak kan. Tak paham aku dengan perangai sesetengah manusia ni. Bukan setengah manusia tau. Huhu. Bayangkan manusia badannya separuh jek. Hiishh apalah aku merepek ni.

DAN jangan suka merendah-rendahkan kawan sendiri. Okay.

P/S: Tak elok layan orang macam tu. Fikirlah perasaan orang. Jangan bertindak sesuka hati. Trimas.

Sunday 26 April 2009

HUJAN TAK SELAMANYA TURUN


Gambar kat atas: Hujan pada waktu tengahari.
Perasaan: Risau baju tak kering. Penat den basuh.
Situasi: Hujan benti gak petang tu. Baju kering la esoknye. Ngee.. Kering gak kan..?

Hidup ni pun macam tu jugak kan. Kadang-kadang Tuhan bagi kita ujian. Dan selalunya ujian tu menyakitkan. Membuat kebanyakan manusia tertekan. Masa tu la baru kita tau kita ni kuat ke tak sebenarnya. Masa tu baru kita tau kita ni dekat ke tak dengan-NYA. Contoh ujian: Exam. Semua student pun tak suka exam. Tak tau lah kalau ada yang suka thrill tak sabar tunggu exam datang. Bila exam mulalah jerawat naik. Hehe. Aku la. Tak tau la orang lain camane. Mata pun bengkak sebab selalu stay up kan. Stay up untuk main game, surf internet dan bergayut. Haha. Bagi yang terasa, ampun maaf dipinta.

Ujian tu macam hujan. Bila dia datang dengan lebat, hati kita mula risau. Lagi-lagi kalau yang tinggal kawasan yang prone banjir. Akan banjir ke? Bencana akan tiba? Tak siapa yang tahu. Bagi yang terkandas kat tepi jalan, dah lewat nak pergi kuliah, dan takde payung, terpaksa gak kan redah hujan tu. Sampai kuliah hati pun lega. Walaupun baju basah, kita selamat sampai.

Sama lah dengan ujian. Walau macam mana perit pun, walau macam mana payah pun,
kita tetap kena lalui. Kadang-kadang kita pun basah, basah dengan air mata la. Hehe. Tapi, bukan selamanya kita akan basah kan? Bukan sampai bila-bila air mata kita akan mengalir. Satu hari nanti akan tiba juga hari kita akan tersenyum. Akan tiba juga hari kita akan gembira. Dan ujian yang sakit tu, akan jadi kenangan.

Get over it. Move on. Tinggalkan kenangan tu. Bukanke lepas hujan, tumbuhan pun hidup? Bukanke lepas hujan, buah-buahan akan muncul? Jangan hidup dalam kenangan. Tapi hiduplah melepasinya. Jadikan kenangan tu pengalaman, pengajaran. Kenangan tak boleh diubah, tak boleh diulang, tak boleh dipadam. Kenangan tetap kenangan. Kenangan akan kekal dalam hati dan ingatan.

Hujan pergi, manusia pun lupa akan kehadirannya. Mereka pun pergi kutip hasil yang hujan keluarkan. Macam tu jugak kita. Kutip pengajaran yang ada, kaji baik buruk ujian yang dah lepas tu. Dan jangan ulangi lagi kalau ianya menyakitkan diri sendiri. Tapi lepas ujian tu, kita akan jadi lebih kuat kan? Hati jadi lebih kental, seolah-olah seorang yang baru muncul dari dalam diri kita. Itulah kebaikan ujian. Selepas ia menjadi kenangan, lupakanlah ia. Seolah-olah ia hanya datang dalam mimpi.

Wahai kenangan, pergilah engkau daripada hati dan fikiran ini.

Okay. Cukuplah sampai sini aku merepek.

P/S: Nasihat ini terutama sekali untuk diri sendiri. Kepada orang lain, yang buruk tu tak moh ikut tau.. Ikut nasihat yang elok-elok ja.. Ok.. Semoga berjaya dalam exam kali ni.. Salam..

    Saturday 25 April 2009

    PUISI KU UNTUK MEREKA

    Ya Allah
    Hilangkanlah rasa benci ini
    Aku tak pernah membenci
    Dan kini aku membenci mereka

    Ya Allah
    Aku tak ingin hati ini terus hitam
    Terus dicemari dengan perasaan ini
    Perasaan yang buat aku tak keruan
    Buat aku tak senang

    Ya Allah
    Aku mohon Engkau maafkan dosa-dosaku
    Dan bukakanlah pintu hati ini supaya aku memaafkan mereka
    Bukakanlah pintu hati ini supaya aku tidak terus
    Memikirkan hal yang telah lama berlalu

    Ya Allah
    Engkau cantumkanlah semula silaturrahim kami
    Engkau bersihkanlah hati kami
    Engkau tunjukkanlah kami erti ukhwah sebenar
    Hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan

    Ya Allah
    Andai satu hari nanti aku tidak sempat memohon maaf pada mereka
    Aku mohon Engkau bantulah aku Ya Allah
    Bantu aku sampaikan salam maaf ini pada mereka
    Semoga dosa-dosaku diampuni

    Ya Allah
    Aku mengharapkan Engkau
    Aku perlukan Engkau
    Aku berdoa pada-Mu Ya Allah
    Keluarkanlah aku daripada kekusutan ini Ya Allah

    Hanya pada Engkau aku meminta pertolongan, Ya Allah....

    Amin ya rabbalalamin.......

    Friday 10 April 2009

    Examination

    Assalamualaikum..

    Time exam salu korg stadi waktu bila?
    Aku? Aku suka stadi last minute.. Tah la.. Mungkin sbb dah terbiasa daripada dulu lagi.. Aku mmg tersangat suka stadi last minute.

    Advantages:
    • Memori lebih kuat
    • Boleh rasa semangat
    • Apa yang dibaca tu mmg boleh ingat la sampai hari exam kang
    • Rasa refreshed (aku sorg jek la yg rasa cam ni)
    Disadvantages:
    • Kelam kabut
    • Tak sempat nak stadi abes sume topic yang cikgu aja
    • Mata bengkak
    • Tak cukup rehat
    • Gabra
    • Sebelum exam rasa tak confident
    • Macam2 lagi yang tak elok
    Natijahnya, sila stadi sebelum exam menjelang.. Bila esok exam, mlm ni baru nak stadi, alamatnye lingkup la kan...

    Haha.. Wish me luck!!

    InsyaALLAH..

    Friday 27 March 2009

    Sedarlah wahai Muslim

    Sedarlah wahai saudaraku
    Kita sedang dicemuh
    Kita sedang dihina
    Kita sedang diserang

    Sedarlah wahai saudaraku
    Mereka di Palestine sedang berjuang
    Mempertahankan tanah air mereka
    Mempertahankan agama mereka
    Agama kita, agama Islam

    Sedarlah wahai saudaraku
    Ramai yang sudah terkoban
    Banyak jiwa tak berdosa
    Dibunuh, ditembak, dizalimi
    Diperlakukan seperti binatang

    Mereka tidak punya wang
    Mereka tidak punya teknologi
    Mereka tidak punya senjata
    Tetapi mereka punya semangat
    Maruah, agama, iman dan ALLAH

    Sedarlah wahai saudaraku
    Mereka sedang diserang
    Oleh kaum yahudi
    Dan jangan berharap
    Bahawa serangan yahudi punya titik noktah
    Selagi kita tidak bersatu
    Menentang mereka

    Sedarlah wahai saudaraku
    Tidaklah seseorang itu mati syahid
    Melainkan diberi ganjaran syurga
    Tidaklah seseorang itu mati syahid
    Melainkan dia merasa bahagia

    Sedarlah wahai saudaraku
    Kita perlu bangkit
    Kita perlu bersatu
    Kita perlu menentang musuh ALLAH s.w.t

    ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.

    Bangkitlah menentang Israel. Jika kita takde kekuatan atau wang atau apa2 untuk bawa kita ke Gaza, kita bolehlah membantu rakyat Palestine dengan tidak membeli barangan Israel. Cara ini dapat melemahkan ekonomi Israel. Tetapi, cara ni perlukan sokongan dan tindakan daripada ramai orang.

    Dalam majalah al-ISLAM bulan April ada tulisan mengenai Palestine. Kalau rasa nak ambil tahu, silalah baca. Aku nak komen pasal tulisan ustaz tu nanti. *Look out for the updated Sedarlah wahai Muslim post sooner or later.

    Hanya ALLAH yang kita ada.
    Mintalah bantuan daripada-NYA.
    YA ALLAH, engkau bebaskanlah rakyat Palestine daripada belenggu peperangan.
    Semoga ALLAH memperkenankan doa hamba-NYA yang lemah ini.
    Amin~

    P/S: Maaflah. Aku xpandai buat sajak la.. Tapi rasa cam nk syok sendiri la plak kan..

    Thursday 19 March 2009

    Ya Rasulullah

    Alangkah indahnya hidup ini
    Andai dapat kutatap wajahmu
    Kan pasti mengalir air mataku
    Kerna pancaran ketenanganmu

    Alangkah indahnya hidup ini
    Andai dapat kukucup tanganmu
    Moga mengalir keberkatan dalam diriku
    Untuk mengikut jejak langkahmu

    Ya Rasulullah Ya Habiballah
    Tak pernah kutatap wajahmu
    Ya Rasulullah Ya Habiballah
    Kami rindu padamu
    Allahumma Solli Ala Muhammad
    Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

    Alangkah indahnya hidup ini
    Andai dapat kudakap dirimu
    Tiada kata yang dapat aku ucapkan
    Hanya tuhan saja yang tahu

    Kutahu cintamu kepada umat
    Umati umati
    Kutahu bimbangnya kau tentang kami
    Syafaatkan kami
    Alangkah indahnya hidup ini
    Andai dapat kutatap wajahmu

    Kan pasti mengalir air mataku
    Kerna pancaran ketenanganmu
    Ya Rasulullah Ya Habiballah
    Terimalah kami sebagai umatmu
    Ya Rasulullah Ya Habiballah
    Kurniakanlah syafaatmu

    Monday 9 March 2009

    Masih Ingat Pada Mereka??

    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

    MASIH INGAT INI?




    ATAU YANG INI?




    BAGAIMANA PULA DENGAN YANG SETERUSNYA???












    ATAU KITA SUDAH LUPA?

    ATAU SUDAH KEMBALI INGATAN?



    SUDAH INGAT?

    SUDAH INGAT?

    SEDIH MELIHAT ORANG MELAYU, ORANG BERTUDUNG, ORANG ISLAM, MEMENUHI KFC, MCD.

    SEDIH MELIHAT MEREKA.

    SEDIH.

    LEBIH RELA MEMENUHI KEHENDAK NAFSU DARIPADA MEMBANTU SAUDARA MEREKA DI PALESTIN.

    LEBIH RELA MENYALURKAN SUMBANGAN KE ISRAEL DAN AMERIKA DARIPADA MENYALUR DUIT KE PALESTIN.

    SEDIH.

    SEDIH.





    JANGANLAH LUPAKAN MEREKA.

    SIMPAN MEREKA DALAM INGATAN.

    BANTU MEREKA.

    Tuesday 3 March 2009

    Budak-budak sekarang

    "Hey kamu berdua!"
    Prof berjalan laju ke arah mereka berdua. Semua mata memandang.
    "Keluar sekarang! Keluar sekarang!" Prof menengking dengan nada yang tak berapa tinggi.
    Si lelaki terkejut. Panik. Si perempuan pula terus mengemas buku di atas meja.
    "Diri depan!" Marahnya lagi. Kesian barangkali nak halau mereka berdua.
    Bila mereka seperti mahu menurut arahannya, Prof berkata "You better sit down."

    Kenapa Prof marah sangat pada mereka berdua?
    Sebab mereka yang tak bertamadun ni asyik bersembang sedangkan mereka duduk di barisan yang paling hadapan. Bersembang kuat pulak tu. Memang mengganggu semua student dalam kuliah tu. Langsung takde rasa hormat pada guru.

    "Saya ni dah tua. Kalau awak tak nak respect saya tak pelah. Tapi respect kawan-kawan awak kat belakang tu. Diorang nak belajar. Tapi awak bersembang kat depan," tegur Prof. Kecil hati mungkin.

    Prof juga sering mengulang perkataan "Biadap."

    "Saya dah takde mood nak ajar," ujar Prof lagi. Tapi, Prof tetap mengajar seperti biasa pada hari itu.

    Betapa lembutnya hati seorang guru. Mula-mula nak halau 'mereka', tapi mungkin beliau kasihan. Kasihan tengok 'mereka' yang berlagak pandai tapi tak pandai pun.

    Betapa lembutnya hati seorang guru. Pelajar dah bersikap kurang ajar, tetap juga si guru mencurah ilmu.

    Sebenarnya, 'mereka' tu bukan terdiri daripada bangsa Melayu ye. Orang Melayu ni memang hormat guru. Aku memang daripada semester satu lepas tahan jek la duduk satu kuliah dengan 'mereka' ni. Cakap dengan budak yang duduk kat sebelah, tapi volume suara macam budak tu 10 batu daripada dia. Bukan seorang, tapi semua. Yang aku notice, ada dalam 2 - 3 orang je yang betul-betul hormat guru. Yang selebih tu, memang tak pernah hormat langsung. Puas hati aku diorang kena marah sebab selama ni takde cikgu yang tegur diorang. Cikgu memang penyabar.

    Respect cikgu. ;-)

    Musuh Saya

    Siapa yang takde musuh?

    Ha.. Bagus sangatlah tu. Bagus sangat hidup tak bermusuh ni. Nabi s.a.w sendiri melarang kita bermusuh, berdendam, dengki, ngumpat dan khianat. Tapi kan, saya ni ada musuh la.

    Musuh ketat.

    Musuh saya ni selalu buat saya marah.
    Musuh saya ni selalu buat saya lupa pada Allah.
    Musuh saya ni selalu buat saya tak minat belajar.
    Musuh saya selalu suruh saya boros.
    Musuh saya ajar saya kuat makan.
    Musuh saya suka fikir keburukan orang lain.
    Musuh saya ni jahat, sebab dia suka pakai pakaian tak elok, serupa mendedahkan aurat.
    Musuh saya lalai, alpa, selalu buat perkara lagha seperti blogging.

    Senang kata, semua benda tak elok ada pada musuh saya tu.

    Siapa musuh saya? -Diri saya sendiri. SEDIH.

    Saya nak berubah.
    Doakan saya.
    Terima kasih.
    Assalamualaikum.

    Saturday 7 February 2009

    Mengapa Kaum Yahudi Sangat Bijak

    Dipetik daripada http://hjmudapatani.blogspot.com/2009/02/mengapa-kaum-yahudi-sangat-bijak.html

    Mengapa Yahudi Bijak?
    Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu engapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
    Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?
    Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah
    manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
    Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan
    ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang
    setepat mungkin.
    Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan
    awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan
    dengan bangsa dan kaum kaum lain.
    Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
    www.linncomel.com
    bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
    Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
    menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
    Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
    Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan
    www.linncomel.com
    menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)
    Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
    Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
    Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
    Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
    Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat
    www.linncomel.com
    mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
    Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktorpakar.
    Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi
    www.linncomel.com
    mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
    Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
    Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
    Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu
    www.linncomel.com
    politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
    Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
    Dr. Stephen Carr Leon
    FINISH.

    Dipetik daripada http://hjmudapatani.blogspot.com/2009/02/mengapa-kaum-yahudi-sangat-bijak.html

    We Will Not Go Down (a song for GAZA)-Michael Heart (must watch)




    A blinding flash of white light
    Lit up the sky over GAZA tonight
    People running for cover
    Not knowing whether they're dead or alive

    They came with their tanks and their planes
    With ravaging fiery flames
    And nothing remains
    Just a voice rising up in the smoky haze

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques
    And our homes and our schools
    But our spirit will never die
    WE WILL NOT GO DOWN IN GAZA TONIGHT

    Women and children alike
    Murdered and massacred night after night
    While the so-called leaders of countries afar
    Debated on who's wrong or right

    But their powerless words were in vain
    And the bombs fell down like acid rain
    But through the tears
    And the blood and the pain
    You can still hear that voice
    Through the smoky haze

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques
    And our homes and our schools
    But our spirit will never die
    WE WILL NOT GO DOWN IN GAZA TONIGHT
    We will not go down
    In the night, without a fight
    WE WILL NOT GO DOWN IN GAZA TONIGHT

    Mereka berjuang, kita hanya melihat.

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Apa yang kita rasa bila akhbar-akhbar menyiarkan gambar-gambar akibat serangan oleh rejim zionis di Palestin? Apa perasaan kita melihat anak-anak kecil menangis melihat keluarga mati di depan mata? Adakah timbul rasa keinsafan tatkala kita melihat tubuh-tubuh rakyat yang tidak berdosa cedera parah?


    Kebanyakan daripada kita akan berkata 'kasihan mereka'. Kemudian, kehidupan harian berjalan seperti biasa. Kita bergelak ketawa. Kita makan sehingga tertidur kekenyangan. Kita minum tanpa perlu risau kehausan lagi kerana bekalan air sentiasa ada. Kita mandi apabila tidak selesa. Kita online, berchatting benda-benda yang tidak berfaedah. Kita mampu ke sekolah menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa (itupun masih ada yang ponteng sekolah). Kita itu, kita ini. Macam-macam yang kita buat.


    Tapi kita langsung tak ambil peduli dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Adakah mereka menjalani kehidupan selesa seperti kita? Bagaimana hidup dalam hujan bom? Tanpa kira malam dan siang mereka sentiasa dihujani peluru musuh Allah.


    Macam mana nak peduli? Kita kan di Malaysia, mereka di Palestin.


    Barangkali begini cara sesetengah daripada kita berfikir. Sebagai umat Islam, kita sepatutunya membantu mereka memerangi musuh Allah. Bukan mengambil sikap tidak ambil peduli. Mungkin tidak banyak cara untuk membantu mereka, tetapi sekiranya tindakan diambil secara menyeluruh, iaitu seluruh umat Islam di dunia ini bersepakat memboikot atau menghentikan secara terus-menerus) sebarang pembelian produk-produk daripada amerika dan israel, akhirnya ekonomi mereka akan jatuh. Secara tidak langsung, mereka tidak lagi mampu membeli senjata-senjata canggih, bahan-bahan letupan atau fosforus, jentera-jentera berat dan pesawat berteknologi tinggi.


    Selain itu, sekiranya anda mempunyai blog atau apa-apa medium komunikasi yang lain seperti friendster, myspace dan sebagainya, gunakanlah medium-medium ini untuk mengajak rakan-rakan Islam kita yang lain untuk membantu mereka di Palestin. Jangan hanya sibuk bercerita tentang kehidupan harian yang langsung tak beri faedah pada sesiapa. Gunakanlah internet ini sebaiknya.


    Carilah maklumat tentang Hamas, Fatah dan Zionis. Pastikan sumber-sumber boleh dipercayai. Pengetahuan akan membuat anda berfikir dengan lebih matang. Sekian.


    Ya ALLAH, selamatkanlah mereka. Kami hanya hambaMU yang lemah. Kepada Engkaulah kami memohon petunjuk dan kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan. Amin.






    Friday 6 February 2009

    Pippi Longstocking

    Pippi

    Tuesday 20 January 2009

    Israel henti serang Gaza


    PENDUDUK Palestin pulang ke rumah masing-masing di Beit Lahia, Gaza selepas gencatan senjata diumum.

    Hamas setuju gencatan 7 hari, banyak mayat tertimbus ditemui

    BANDAR GAZA: Tentera Israel di Semenanjung Gaza diarahkan untuk menghentikan serangan awal pagi semalam selepas Israel mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bertujuan menamatkan serangan kejam selama tiga minggu peperangan ke atas militan yang menyerang selatan Israel dengan roket.

    Namun beberapa jam kemudian, pejuang Islam melepaskan 10 roket ke dalam Israel, sebelum mengeluarkan kenyataan untuk turut memulakan gencatan senjata selama seminggu ketika asing menuju ke Mesir untuk cuba mengukuhkan lagi gencatan senjata.


    Di Gaza, penduduk mengisi van dan kereta keldai dengan selimut dan mula bertolak ke rumah mereka untuk melihat apa yang tinggal selepas serangan udara dan darat di jajahan tepi laut.


    Jengkaut mula menyodok runtuhan di bandar ini, pusat penduduk terbesar jajahan itu, bagi memberi laluan kepada kenderaan ketika pekerja perubatan mencari berpuluh mayat di sebalik runtuhan timbunan konkrit.

    Di selatan Israel, penduduk yang melarikan diri daripada serangan roket selama lapan tahun menuduh kerajaan menghentikan serangan lebih awal.

    SEKUMPULAN tentera Yahudi melintas masuk ke Israel selepas gencatan senjata diumumkan Perdana Menteri, Ehud Olmert

    Israel menghentikan serangan bersenjata dan pesawat pejuang sebelum mencapai penyelesaian panjang terhadap masalah penyeludupan senjata ke Gaza, satu daripada sasaran perang terbabit.

    Malah, perisytiharan Israel untuk menempatkan tenteranya di Gaza sehingga pejuang Islam menghentikan serangan menambah prospek pertembungan lanjut dengan Hamas, yang berkata mereka akan berjuang sehingga semua askar Israel berundur.

    Gencatan senjata itu berkuat kuasa jam 2 pagi waktu tempatan (0000 GMT) selepas 22 hari serangan yang membunuh kira-kira 1,200 rakyat Palestin, separuh daripadanya orang awam, menurut pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seramai 13 warga Israel turut maut.

    Sementara itu, anggota perubatan Palestin membawa 95 mayat daripada timbunan bangunan di Gaza, satu daripada membabitkan seorang remaja wanita berusia 14 tahun.

    Majoritinya ditemui di bandar Jabaliya dan Beit Lahiya serta ada juga di Zeitun, kata Dr Muawiya Hassanein, ketua pentadbiran kecemasan di Gaza.

    Israel membuat keputusan menangguhkan serangan beberapa hari sebelum perisytiharan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat Selasa ini. Setiausaha Negara Amerika yang bakal berundur Condoleezza Rice berkata pentadbiran Bush mengalu-alukan keputusan Israel. � AP


    Dipetik daripada Berita Harian Online-19/01/2009



    missCHEM: Agak2, gencatan senjata ni akan berkekalan atau tidak? Marilah kita doakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin. Moga ALLAH membuka jalan penyelesaian untuk mereka. Amin ya rabbul alamin.

    Monday 19 January 2009

    Badan Sihat


    BERSENAM. Selalu sangat kita dengar orang suruh kita bersenam. Lagi-lagi iklan kat tv tu, yang kerajaan buat. Badan sihat, otak cerdas. Tapi tak semua orang nak bersenam. Kenapa agaknya? Bukan budaya kita, lebih-lebih lagi orang Melayu. Dalam kawasan sesuatu taman perumahan tu susah sangat nak nampak orang Melayu bersenam. Pagi-pagi nampak la orang bersenam, tapi malang, bukan orang Melayu kita. Bukan apa. Sekarang ni pun kan tengah krisis perang di Palestin. Sebagai orang Muslim, kita kenalah peka dengan hal ni. Apa kena-mengena dengan bersukan?

    Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi aku, bersenam ni penting untuk bina badan yang cergas (ceh, tau la baru pas joging tadi ;-D). Bukan saja untuk elakkan penyakit, tapi bagi lelaki, mereka boleh la bersedia untuk kemungkinan-kemungkinan yang tertentu, contohnya, perang. Perang kan memang dianggotai lelaki jek. So kalau badan tak sihat, stamina tak kuat, nafas tak panjang, nak angkat pedang (pedang guna lagi ke dalam perang?) atau machine gun pun tak larat, lari seratus meter pun dah tercungap-cungap, macam mana nak lawan musuh ALLAH tu? Rasulullah s.a.w pun menggalakkan pemuda lelaki aktif bersukan seperti tunggang kuda dan memanah. Semua ni dapat membantu mempersiapkan diri untuk perang. Yelah, siapa lagi yang nak bela nasib perempuan-perempuan, anak-anak, orang tua, bangsa, dan agama kita kan?

    Mungkin kita rasa tak rasional sebab negara-negara Islam yang ada sekarang ni bukan kuat pun. Bilangan kita ramai. Tapi kita takde teknologi. Mungkin sebab umat Islam sekarang ni dah jadi pemalas. Kalau kita baca sejarah, memang tamadun Islam lebih menyerlah daripada tamadun barat. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang lahir daripada zaman kegemilangan Islam. Mereka bukan saja mahir dalam satu bidang, malah banyak bidang. Kepakaran mereka tu pun jadi panduan sampai zaman sekarang. Banyak teknologi yang orang Barat buat berpandukan teknologi zaman kegemilangan Islam. Tapi apa dah jadi dengan umat Islam sekarang?

    Dulu, masa aku form 5, ustaz aku selalu ceritakan tentang gambaran umat Islam di akhir zaman. Umat Islam pada akhir zaman bagaikan makanan di dalam dulang. Orang kafir pula kerumun makanan tu. Kalau dah kena kerumun, mestilah kena makan. Lama-lama, hilanglah umat Islam kan? Jadi, anak-anak muda Islam, mahukah anda bangkit menegakkan Islam? Ada ke keberanian dalam diri kalian? Atau kalian cuma nak duduk diam saja? Tawakkal tanpa usaha? Bila agaknya umat Islam di seluruh dunia nak bersatu menentang kaum Yahudi laknatullah? Kita sebenarnya lebih kuat daripada mereka. Asalkan kita bersatu. Jangan biar semangat kita hilang walaupun selepas banyak nyawa umat Islam mereka korbankan. ALLAH di sisi orang-orang yang beriman.

    Do exercise regularly.

    PRAY FOR GAZA. HELP THEM.

    Saturday 17 January 2009

    Kereta kebal Israel mara jauh ke Gaza



    DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun yang cedera teruk akibat serangan Israel, sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian.

    Tembakan, asap hitam di kawasan penduduk

    BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel mara ke kawasan jauh lebih dalam di bandar Gaza awal pagi semalam dan merempuh ke beberapa kawasan penempatan di ibu negara wilayah Palestin ini.

    Dentuman tembakan membelah langit bagaikan guruh kuat dan asap hitam tebal terapung di udara di kawasan kependudukan Tal al-Hawa, Zeitun dan Shujaiyeh di bandaraya Gaza, kata saksi.

    Pertempuran berlaku di bandar utara Jabaliya dan tentera darat yang dibantu berpuluh-puluh kereta kebal berarak masuk sekurang-kurangnya satu kilometer ke bandar selatan Khan Yunis.

    Pada awal pagi semalam, berpuluh-puluh orang awam yang ketakutan, membawa bayi, budak kecil dan anak mereka yang lain cuba mendapat perlindungan di hospital Al-Quds di Tal Al-Hawa, di barat daya bandaraya Gaza, yang berulang kali menjadi sasaran darat Israel sejak minggu lalu.

    Bunyi tembakan kereta kebal, serangan udara dan senjata automatik bercampur baur dengan keadaan riuh rendah di kawasan berkenaan dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 300 meter dari hospital.

    Pejuang bersenjata Hamas berpakaian seragam biru dan hitam, seorang daripada mereka membawa bendera hijau pergerakannya, berlari di jalan raya 100 meter dari hospital, sambil melepaskan tembakan daripada raifal Kalashnikov.

    Di hospital, penduduk yang cuba mendapat perlindungan duduk di setiap sudut sementara ibu kelihatan memujuk anak mereka yang menangis dan cuba membuat mereka ketawa.

    "Saya membawa anak saya ke hospital kerana mereka terlalu takut di rumah, tapi di sini mereka bertambah takut," kata Hossein, 40, yang melarikan diri ke hospital bersama isteri dan lima anaknya sebaik saja kereta kebal mulai masuk selepas Subuh.

    "Rumah jiran kami musnah sama sekali dalam pertempuran itu, menyebabkan kami terpaksa menyelamatkan diri," katanya. � AFP

    Dipetik daripada Berita Harian Online-16/01/2009