Tuesday 3 March 2009

Budak-budak sekarang

"Hey kamu berdua!"
Prof berjalan laju ke arah mereka berdua. Semua mata memandang.
"Keluar sekarang! Keluar sekarang!" Prof menengking dengan nada yang tak berapa tinggi.
Si lelaki terkejut. Panik. Si perempuan pula terus mengemas buku di atas meja.
"Diri depan!" Marahnya lagi. Kesian barangkali nak halau mereka berdua.
Bila mereka seperti mahu menurut arahannya, Prof berkata "You better sit down."

Kenapa Prof marah sangat pada mereka berdua?
Sebab mereka yang tak bertamadun ni asyik bersembang sedangkan mereka duduk di barisan yang paling hadapan. Bersembang kuat pulak tu. Memang mengganggu semua student dalam kuliah tu. Langsung takde rasa hormat pada guru.

"Saya ni dah tua. Kalau awak tak nak respect saya tak pelah. Tapi respect kawan-kawan awak kat belakang tu. Diorang nak belajar. Tapi awak bersembang kat depan," tegur Prof. Kecil hati mungkin.

Prof juga sering mengulang perkataan "Biadap."

"Saya dah takde mood nak ajar," ujar Prof lagi. Tapi, Prof tetap mengajar seperti biasa pada hari itu.

Betapa lembutnya hati seorang guru. Mula-mula nak halau 'mereka', tapi mungkin beliau kasihan. Kasihan tengok 'mereka' yang berlagak pandai tapi tak pandai pun.

Betapa lembutnya hati seorang guru. Pelajar dah bersikap kurang ajar, tetap juga si guru mencurah ilmu.

Sebenarnya, 'mereka' tu bukan terdiri daripada bangsa Melayu ye. Orang Melayu ni memang hormat guru. Aku memang daripada semester satu lepas tahan jek la duduk satu kuliah dengan 'mereka' ni. Cakap dengan budak yang duduk kat sebelah, tapi volume suara macam budak tu 10 batu daripada dia. Bukan seorang, tapi semua. Yang aku notice, ada dalam 2 - 3 orang je yang betul-betul hormat guru. Yang selebih tu, memang tak pernah hormat langsung. Puas hati aku diorang kena marah sebab selama ni takde cikgu yang tegur diorang. Cikgu memang penyabar.

Respect cikgu. ;-)

0 comments:

Post a Comment