Friday 27 March 2009

Sedarlah wahai Muslim

Sedarlah wahai saudaraku
Kita sedang dicemuh
Kita sedang dihina
Kita sedang diserang

Sedarlah wahai saudaraku
Mereka di Palestine sedang berjuang
Mempertahankan tanah air mereka
Mempertahankan agama mereka
Agama kita, agama Islam

Sedarlah wahai saudaraku
Ramai yang sudah terkoban
Banyak jiwa tak berdosa
Dibunuh, ditembak, dizalimi
Diperlakukan seperti binatang

Mereka tidak punya wang
Mereka tidak punya teknologi
Mereka tidak punya senjata
Tetapi mereka punya semangat
Maruah, agama, iman dan ALLAH

Sedarlah wahai saudaraku
Mereka sedang diserang
Oleh kaum yahudi
Dan jangan berharap
Bahawa serangan yahudi punya titik noktah
Selagi kita tidak bersatu
Menentang mereka

Sedarlah wahai saudaraku
Tidaklah seseorang itu mati syahid
Melainkan diberi ganjaran syurga
Tidaklah seseorang itu mati syahid
Melainkan dia merasa bahagia

Sedarlah wahai saudaraku
Kita perlu bangkit
Kita perlu bersatu
Kita perlu menentang musuh ALLAH s.w.t

ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR.

Bangkitlah menentang Israel. Jika kita takde kekuatan atau wang atau apa2 untuk bawa kita ke Gaza, kita bolehlah membantu rakyat Palestine dengan tidak membeli barangan Israel. Cara ini dapat melemahkan ekonomi Israel. Tetapi, cara ni perlukan sokongan dan tindakan daripada ramai orang.

Dalam majalah al-ISLAM bulan April ada tulisan mengenai Palestine. Kalau rasa nak ambil tahu, silalah baca. Aku nak komen pasal tulisan ustaz tu nanti. *Look out for the updated Sedarlah wahai Muslim post sooner or later.

Hanya ALLAH yang kita ada.
Mintalah bantuan daripada-NYA.
YA ALLAH, engkau bebaskanlah rakyat Palestine daripada belenggu peperangan.
Semoga ALLAH memperkenankan doa hamba-NYA yang lemah ini.
Amin~

P/S: Maaflah. Aku xpandai buat sajak la.. Tapi rasa cam nk syok sendiri la plak kan..

Thursday 19 March 2009

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Monday 9 March 2009

Masih Ingat Pada Mereka??

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

MASIH INGAT INI?




ATAU YANG INI?




BAGAIMANA PULA DENGAN YANG SETERUSNYA???












ATAU KITA SUDAH LUPA?

ATAU SUDAH KEMBALI INGATAN?



SUDAH INGAT?

SUDAH INGAT?

SEDIH MELIHAT ORANG MELAYU, ORANG BERTUDUNG, ORANG ISLAM, MEMENUHI KFC, MCD.

SEDIH MELIHAT MEREKA.

SEDIH.

LEBIH RELA MEMENUHI KEHENDAK NAFSU DARIPADA MEMBANTU SAUDARA MEREKA DI PALESTIN.

LEBIH RELA MENYALURKAN SUMBANGAN KE ISRAEL DAN AMERIKA DARIPADA MENYALUR DUIT KE PALESTIN.

SEDIH.

SEDIH.





JANGANLAH LUPAKAN MEREKA.

SIMPAN MEREKA DALAM INGATAN.

BANTU MEREKA.

Tuesday 3 March 2009

Budak-budak sekarang

"Hey kamu berdua!"
Prof berjalan laju ke arah mereka berdua. Semua mata memandang.
"Keluar sekarang! Keluar sekarang!" Prof menengking dengan nada yang tak berapa tinggi.
Si lelaki terkejut. Panik. Si perempuan pula terus mengemas buku di atas meja.
"Diri depan!" Marahnya lagi. Kesian barangkali nak halau mereka berdua.
Bila mereka seperti mahu menurut arahannya, Prof berkata "You better sit down."

Kenapa Prof marah sangat pada mereka berdua?
Sebab mereka yang tak bertamadun ni asyik bersembang sedangkan mereka duduk di barisan yang paling hadapan. Bersembang kuat pulak tu. Memang mengganggu semua student dalam kuliah tu. Langsung takde rasa hormat pada guru.

"Saya ni dah tua. Kalau awak tak nak respect saya tak pelah. Tapi respect kawan-kawan awak kat belakang tu. Diorang nak belajar. Tapi awak bersembang kat depan," tegur Prof. Kecil hati mungkin.

Prof juga sering mengulang perkataan "Biadap."

"Saya dah takde mood nak ajar," ujar Prof lagi. Tapi, Prof tetap mengajar seperti biasa pada hari itu.

Betapa lembutnya hati seorang guru. Mula-mula nak halau 'mereka', tapi mungkin beliau kasihan. Kasihan tengok 'mereka' yang berlagak pandai tapi tak pandai pun.

Betapa lembutnya hati seorang guru. Pelajar dah bersikap kurang ajar, tetap juga si guru mencurah ilmu.

Sebenarnya, 'mereka' tu bukan terdiri daripada bangsa Melayu ye. Orang Melayu ni memang hormat guru. Aku memang daripada semester satu lepas tahan jek la duduk satu kuliah dengan 'mereka' ni. Cakap dengan budak yang duduk kat sebelah, tapi volume suara macam budak tu 10 batu daripada dia. Bukan seorang, tapi semua. Yang aku notice, ada dalam 2 - 3 orang je yang betul-betul hormat guru. Yang selebih tu, memang tak pernah hormat langsung. Puas hati aku diorang kena marah sebab selama ni takde cikgu yang tegur diorang. Cikgu memang penyabar.

Respect cikgu. ;-)

Musuh Saya

Siapa yang takde musuh?

Ha.. Bagus sangatlah tu. Bagus sangat hidup tak bermusuh ni. Nabi s.a.w sendiri melarang kita bermusuh, berdendam, dengki, ngumpat dan khianat. Tapi kan, saya ni ada musuh la.

Musuh ketat.

Musuh saya ni selalu buat saya marah.
Musuh saya ni selalu buat saya lupa pada Allah.
Musuh saya ni selalu buat saya tak minat belajar.
Musuh saya selalu suruh saya boros.
Musuh saya ajar saya kuat makan.
Musuh saya suka fikir keburukan orang lain.
Musuh saya ni jahat, sebab dia suka pakai pakaian tak elok, serupa mendedahkan aurat.
Musuh saya lalai, alpa, selalu buat perkara lagha seperti blogging.

Senang kata, semua benda tak elok ada pada musuh saya tu.

Siapa musuh saya? -Diri saya sendiri. SEDIH.

Saya nak berubah.
Doakan saya.
Terima kasih.
Assalamualaikum.