Monday 27 April 2009

Layan sesuka hati

Boleh ke kita layan orang sesuka hati?

Bila rasa nak sembang, kita sembang.

Bila rasa nak diam, kita diam.

Bila rasa nak buat tak tau, kita buat tak tau.

Bila rasa nak hempas-hempas barang, kita hempas sekuat hati.

Bila rasa tak nak senyum, kita tak senyum.


Tapi, tahu tak apa perasaan orang yang dilayan sebegitu rupa? Tahu tak apa hati kecil dia rasa? Tahu tak menyakitkan hati perbuatan tu? Ingat kita ni apa? Punching bag? Sesuka hati je nak layan macam tu? Bila rasa takde kawan, baru tau nak cari. Nak jadikan tempat luah perasaan. Bila rasa moody, orang senyum buat tak tau je. Macam ni ke sifat manusia? Anggap orang lain tu macam bukan sebahagian daripada dunia ni. Macam dunia tu revolves around dia seorang je.

Kepada anda semua, sila layan orang sekeliling dgn sebaik-baiknya. Tak payah la nak buat macam orang lain tu tak significant. Jangan ingat diri tu prominent sangat. Ini bukan drama tv whereby cuma hero ngn heroin drama je yang important. Tapi ni real life. Setiap orang ada role masing-masing. Setiap orang pun perlu dititikberatkan perasaannya. Bukan perasaan anda seorang je yang perlu dijaga. Takkan la awk tu tension, orang lain jadi tempat luah marah kot. Tak rasional, tak matang dan tak baik langsung! Lagipun, kita ni kan sume bersaudara. Saudara Islam. Takkan la nak bermusuh pulak kan. Tak paham aku dengan perangai sesetengah manusia ni. Bukan setengah manusia tau. Huhu. Bayangkan manusia badannya separuh jek. Hiishh apalah aku merepek ni.

DAN jangan suka merendah-rendahkan kawan sendiri. Okay.

P/S: Tak elok layan orang macam tu. Fikirlah perasaan orang. Jangan bertindak sesuka hati. Trimas.

0 comments:

Post a Comment