Sunday 26 April 2009

HUJAN TAK SELAMANYA TURUN


Gambar kat atas: Hujan pada waktu tengahari.
Perasaan: Risau baju tak kering. Penat den basuh.
Situasi: Hujan benti gak petang tu. Baju kering la esoknye. Ngee.. Kering gak kan..?

Hidup ni pun macam tu jugak kan. Kadang-kadang Tuhan bagi kita ujian. Dan selalunya ujian tu menyakitkan. Membuat kebanyakan manusia tertekan. Masa tu la baru kita tau kita ni kuat ke tak sebenarnya. Masa tu baru kita tau kita ni dekat ke tak dengan-NYA. Contoh ujian: Exam. Semua student pun tak suka exam. Tak tau lah kalau ada yang suka thrill tak sabar tunggu exam datang. Bila exam mulalah jerawat naik. Hehe. Aku la. Tak tau la orang lain camane. Mata pun bengkak sebab selalu stay up kan. Stay up untuk main game, surf internet dan bergayut. Haha. Bagi yang terasa, ampun maaf dipinta.

Ujian tu macam hujan. Bila dia datang dengan lebat, hati kita mula risau. Lagi-lagi kalau yang tinggal kawasan yang prone banjir. Akan banjir ke? Bencana akan tiba? Tak siapa yang tahu. Bagi yang terkandas kat tepi jalan, dah lewat nak pergi kuliah, dan takde payung, terpaksa gak kan redah hujan tu. Sampai kuliah hati pun lega. Walaupun baju basah, kita selamat sampai.

Sama lah dengan ujian. Walau macam mana perit pun, walau macam mana payah pun,
kita tetap kena lalui. Kadang-kadang kita pun basah, basah dengan air mata la. Hehe. Tapi, bukan selamanya kita akan basah kan? Bukan sampai bila-bila air mata kita akan mengalir. Satu hari nanti akan tiba juga hari kita akan tersenyum. Akan tiba juga hari kita akan gembira. Dan ujian yang sakit tu, akan jadi kenangan.

Get over it. Move on. Tinggalkan kenangan tu. Bukanke lepas hujan, tumbuhan pun hidup? Bukanke lepas hujan, buah-buahan akan muncul? Jangan hidup dalam kenangan. Tapi hiduplah melepasinya. Jadikan kenangan tu pengalaman, pengajaran. Kenangan tak boleh diubah, tak boleh diulang, tak boleh dipadam. Kenangan tetap kenangan. Kenangan akan kekal dalam hati dan ingatan.

Hujan pergi, manusia pun lupa akan kehadirannya. Mereka pun pergi kutip hasil yang hujan keluarkan. Macam tu jugak kita. Kutip pengajaran yang ada, kaji baik buruk ujian yang dah lepas tu. Dan jangan ulangi lagi kalau ianya menyakitkan diri sendiri. Tapi lepas ujian tu, kita akan jadi lebih kuat kan? Hati jadi lebih kental, seolah-olah seorang yang baru muncul dari dalam diri kita. Itulah kebaikan ujian. Selepas ia menjadi kenangan, lupakanlah ia. Seolah-olah ia hanya datang dalam mimpi.

Wahai kenangan, pergilah engkau daripada hati dan fikiran ini.

Okay. Cukuplah sampai sini aku merepek.

P/S: Nasihat ini terutama sekali untuk diri sendiri. Kepada orang lain, yang buruk tu tak moh ikut tau.. Ikut nasihat yang elok-elok ja.. Ok.. Semoga berjaya dalam exam kali ni.. Salam..

    0 comments:

    Post a Comment