Friday, 8 May 2009

HEROES


Aku sekarang tengah into giler dengan cerita Heroes. Plot cerita tu memang menarik sangat. Kreatif. Buat penonton rasa ingin tahu sangat-sangat. Ability yang diorang kaitkan dengan biologi dan kimia, almost make sense. Walaupun struktur bahan kimia yang diorang lukis tu sah-sah tipu and catalyst tu confirm la tipu kan. Mana ada catalyst duk dalam badan manusia pastu nak transfer kat badan orang lain cam guna magic lak kan.

Anyways
siri Heroes tu memang amazing. One thing I noticed pasal Heroes, you are special the way you are. Tak kira la apa yang diorang ada, apa pun abilities, superpowers yang diorang posess, diorang tetap istimewa. Lain daripada yang lain. Sangat berkait rapat dengan realiti hidup ni kan. Siapa pun kita, kita tetap istimewa. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Yeah, dia doktor. Dia engineer. Dia professor. Tapi what makes them any better? They are still humans. Kalau takde tukang jahit baju, dapat ke diorang pakai coat? Kalau takde tukang potong ayam, kita ada masa ke nak potong ayam? Kalau takde cab driver, diwaktu kita nak cepat dan perlukan kenderaan sangat-sangat, cab jugak yang kita cari.

Pebandingan. Manusia suka buat perbandingan. Itu lagi baik. Ini lagi baik. Itu tak bagus. Ini tak bagus.
Okay. Kalau bagus sangat, cuba suruh architect tebar roti canai. Melainkan architect tu ada pengalaman tebar roti canai, tentu roti canai tu hancur. Jangan rasa itu lebih baik. Ini lebih baik. Apa yang kita ada, apa kita sekarang ni, terima aje. Kita cuma perlu try our best to make us better. Better dalam menjadi diri kita, menjadi siapa kita. Anggaplah diri kita ni hero. Kalau tak mampu nak selamatkan dunia, selamatkan diri sendiri pun cukuplah. ;-)

P/S: Penagih dadah, perogol, penjenayah dan semua jenis
criminals baik dari segi undang-undang negara dan juga agama adalah tidak termasuk dalam perbincangan ini sebab mereka memang hampeh kecuali kalau dah insap.

1 comments:

kambenggurun said...

hehe..laney~
ni chika la..
aku baru jumpe blog kau~
hehe..yg kat atas tu sory yeh..
mcm ter'blank' jap..
tu yg aku men tick je tuh..
haha...
neway,nice blog..
aku follow yeh blog ko..
rajen2 meh ar follow blog aku sekali yeh~ =D..
aku nie baru je pun buat blog..
hehe..
ok..tata

Post a Comment