Saturday 7 February 2009

Mereka berjuang, kita hanya melihat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa yang kita rasa bila akhbar-akhbar menyiarkan gambar-gambar akibat serangan oleh rejim zionis di Palestin? Apa perasaan kita melihat anak-anak kecil menangis melihat keluarga mati di depan mata? Adakah timbul rasa keinsafan tatkala kita melihat tubuh-tubuh rakyat yang tidak berdosa cedera parah?


Kebanyakan daripada kita akan berkata 'kasihan mereka'. Kemudian, kehidupan harian berjalan seperti biasa. Kita bergelak ketawa. Kita makan sehingga tertidur kekenyangan. Kita minum tanpa perlu risau kehausan lagi kerana bekalan air sentiasa ada. Kita mandi apabila tidak selesa. Kita online, berchatting benda-benda yang tidak berfaedah. Kita mampu ke sekolah menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa (itupun masih ada yang ponteng sekolah). Kita itu, kita ini. Macam-macam yang kita buat.


Tapi kita langsung tak ambil peduli dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Adakah mereka menjalani kehidupan selesa seperti kita? Bagaimana hidup dalam hujan bom? Tanpa kira malam dan siang mereka sentiasa dihujani peluru musuh Allah.


Macam mana nak peduli? Kita kan di Malaysia, mereka di Palestin.


Barangkali begini cara sesetengah daripada kita berfikir. Sebagai umat Islam, kita sepatutunya membantu mereka memerangi musuh Allah. Bukan mengambil sikap tidak ambil peduli. Mungkin tidak banyak cara untuk membantu mereka, tetapi sekiranya tindakan diambil secara menyeluruh, iaitu seluruh umat Islam di dunia ini bersepakat memboikot atau menghentikan secara terus-menerus) sebarang pembelian produk-produk daripada amerika dan israel, akhirnya ekonomi mereka akan jatuh. Secara tidak langsung, mereka tidak lagi mampu membeli senjata-senjata canggih, bahan-bahan letupan atau fosforus, jentera-jentera berat dan pesawat berteknologi tinggi.


Selain itu, sekiranya anda mempunyai blog atau apa-apa medium komunikasi yang lain seperti friendster, myspace dan sebagainya, gunakanlah medium-medium ini untuk mengajak rakan-rakan Islam kita yang lain untuk membantu mereka di Palestin. Jangan hanya sibuk bercerita tentang kehidupan harian yang langsung tak beri faedah pada sesiapa. Gunakanlah internet ini sebaiknya.


Carilah maklumat tentang Hamas, Fatah dan Zionis. Pastikan sumber-sumber boleh dipercayai. Pengetahuan akan membuat anda berfikir dengan lebih matang. Sekian.


Ya ALLAH, selamatkanlah mereka. Kami hanya hambaMU yang lemah. Kepada Engkaulah kami memohon petunjuk dan kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan. Amin.






0 comments:

Post a Comment