Tuesday 20 January 2009

Israel henti serang Gaza


PENDUDUK Palestin pulang ke rumah masing-masing di Beit Lahia, Gaza selepas gencatan senjata diumum.

Hamas setuju gencatan 7 hari, banyak mayat tertimbus ditemui

BANDAR GAZA: Tentera Israel di Semenanjung Gaza diarahkan untuk menghentikan serangan awal pagi semalam selepas Israel mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bertujuan menamatkan serangan kejam selama tiga minggu peperangan ke atas militan yang menyerang selatan Israel dengan roket.

Namun beberapa jam kemudian, pejuang Islam melepaskan 10 roket ke dalam Israel, sebelum mengeluarkan kenyataan untuk turut memulakan gencatan senjata selama seminggu ketika asing menuju ke Mesir untuk cuba mengukuhkan lagi gencatan senjata.


Di Gaza, penduduk mengisi van dan kereta keldai dengan selimut dan mula bertolak ke rumah mereka untuk melihat apa yang tinggal selepas serangan udara dan darat di jajahan tepi laut.


Jengkaut mula menyodok runtuhan di bandar ini, pusat penduduk terbesar jajahan itu, bagi memberi laluan kepada kenderaan ketika pekerja perubatan mencari berpuluh mayat di sebalik runtuhan timbunan konkrit.

Di selatan Israel, penduduk yang melarikan diri daripada serangan roket selama lapan tahun menuduh kerajaan menghentikan serangan lebih awal.

SEKUMPULAN tentera Yahudi melintas masuk ke Israel selepas gencatan senjata diumumkan Perdana Menteri, Ehud Olmert

Israel menghentikan serangan bersenjata dan pesawat pejuang sebelum mencapai penyelesaian panjang terhadap masalah penyeludupan senjata ke Gaza, satu daripada sasaran perang terbabit.

Malah, perisytiharan Israel untuk menempatkan tenteranya di Gaza sehingga pejuang Islam menghentikan serangan menambah prospek pertembungan lanjut dengan Hamas, yang berkata mereka akan berjuang sehingga semua askar Israel berundur.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa jam 2 pagi waktu tempatan (0000 GMT) selepas 22 hari serangan yang membunuh kira-kira 1,200 rakyat Palestin, separuh daripadanya orang awam, menurut pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seramai 13 warga Israel turut maut.

Sementara itu, anggota perubatan Palestin membawa 95 mayat daripada timbunan bangunan di Gaza, satu daripada membabitkan seorang remaja wanita berusia 14 tahun.

Majoritinya ditemui di bandar Jabaliya dan Beit Lahiya serta ada juga di Zeitun, kata Dr Muawiya Hassanein, ketua pentadbiran kecemasan di Gaza.

Israel membuat keputusan menangguhkan serangan beberapa hari sebelum perisytiharan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat Selasa ini. Setiausaha Negara Amerika yang bakal berundur Condoleezza Rice berkata pentadbiran Bush mengalu-alukan keputusan Israel. � AP


Dipetik daripada Berita Harian Online-19/01/2009



missCHEM: Agak2, gencatan senjata ni akan berkekalan atau tidak? Marilah kita doakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin. Moga ALLAH membuka jalan penyelesaian untuk mereka. Amin ya rabbul alamin.

Monday 19 January 2009

Badan Sihat


BERSENAM. Selalu sangat kita dengar orang suruh kita bersenam. Lagi-lagi iklan kat tv tu, yang kerajaan buat. Badan sihat, otak cerdas. Tapi tak semua orang nak bersenam. Kenapa agaknya? Bukan budaya kita, lebih-lebih lagi orang Melayu. Dalam kawasan sesuatu taman perumahan tu susah sangat nak nampak orang Melayu bersenam. Pagi-pagi nampak la orang bersenam, tapi malang, bukan orang Melayu kita. Bukan apa. Sekarang ni pun kan tengah krisis perang di Palestin. Sebagai orang Muslim, kita kenalah peka dengan hal ni. Apa kena-mengena dengan bersukan?

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi aku, bersenam ni penting untuk bina badan yang cergas (ceh, tau la baru pas joging tadi ;-D). Bukan saja untuk elakkan penyakit, tapi bagi lelaki, mereka boleh la bersedia untuk kemungkinan-kemungkinan yang tertentu, contohnya, perang. Perang kan memang dianggotai lelaki jek. So kalau badan tak sihat, stamina tak kuat, nafas tak panjang, nak angkat pedang (pedang guna lagi ke dalam perang?) atau machine gun pun tak larat, lari seratus meter pun dah tercungap-cungap, macam mana nak lawan musuh ALLAH tu? Rasulullah s.a.w pun menggalakkan pemuda lelaki aktif bersukan seperti tunggang kuda dan memanah. Semua ni dapat membantu mempersiapkan diri untuk perang. Yelah, siapa lagi yang nak bela nasib perempuan-perempuan, anak-anak, orang tua, bangsa, dan agama kita kan?

Mungkin kita rasa tak rasional sebab negara-negara Islam yang ada sekarang ni bukan kuat pun. Bilangan kita ramai. Tapi kita takde teknologi. Mungkin sebab umat Islam sekarang ni dah jadi pemalas. Kalau kita baca sejarah, memang tamadun Islam lebih menyerlah daripada tamadun barat. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang lahir daripada zaman kegemilangan Islam. Mereka bukan saja mahir dalam satu bidang, malah banyak bidang. Kepakaran mereka tu pun jadi panduan sampai zaman sekarang. Banyak teknologi yang orang Barat buat berpandukan teknologi zaman kegemilangan Islam. Tapi apa dah jadi dengan umat Islam sekarang?

Dulu, masa aku form 5, ustaz aku selalu ceritakan tentang gambaran umat Islam di akhir zaman. Umat Islam pada akhir zaman bagaikan makanan di dalam dulang. Orang kafir pula kerumun makanan tu. Kalau dah kena kerumun, mestilah kena makan. Lama-lama, hilanglah umat Islam kan? Jadi, anak-anak muda Islam, mahukah anda bangkit menegakkan Islam? Ada ke keberanian dalam diri kalian? Atau kalian cuma nak duduk diam saja? Tawakkal tanpa usaha? Bila agaknya umat Islam di seluruh dunia nak bersatu menentang kaum Yahudi laknatullah? Kita sebenarnya lebih kuat daripada mereka. Asalkan kita bersatu. Jangan biar semangat kita hilang walaupun selepas banyak nyawa umat Islam mereka korbankan. ALLAH di sisi orang-orang yang beriman.

Do exercise regularly.

PRAY FOR GAZA. HELP THEM.

Saturday 17 January 2009

Kereta kebal Israel mara jauh ke Gaza



DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun yang cedera teruk akibat serangan Israel, sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian.

Tembakan, asap hitam di kawasan penduduk

BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel mara ke kawasan jauh lebih dalam di bandar Gaza awal pagi semalam dan merempuh ke beberapa kawasan penempatan di ibu negara wilayah Palestin ini.

Dentuman tembakan membelah langit bagaikan guruh kuat dan asap hitam tebal terapung di udara di kawasan kependudukan Tal al-Hawa, Zeitun dan Shujaiyeh di bandaraya Gaza, kata saksi.

Pertempuran berlaku di bandar utara Jabaliya dan tentera darat yang dibantu berpuluh-puluh kereta kebal berarak masuk sekurang-kurangnya satu kilometer ke bandar selatan Khan Yunis.

Pada awal pagi semalam, berpuluh-puluh orang awam yang ketakutan, membawa bayi, budak kecil dan anak mereka yang lain cuba mendapat perlindungan di hospital Al-Quds di Tal Al-Hawa, di barat daya bandaraya Gaza, yang berulang kali menjadi sasaran darat Israel sejak minggu lalu.

Bunyi tembakan kereta kebal, serangan udara dan senjata automatik bercampur baur dengan keadaan riuh rendah di kawasan berkenaan dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 300 meter dari hospital.

Pejuang bersenjata Hamas berpakaian seragam biru dan hitam, seorang daripada mereka membawa bendera hijau pergerakannya, berlari di jalan raya 100 meter dari hospital, sambil melepaskan tembakan daripada raifal Kalashnikov.

Di hospital, penduduk yang cuba mendapat perlindungan duduk di setiap sudut sementara ibu kelihatan memujuk anak mereka yang menangis dan cuba membuat mereka ketawa.

"Saya membawa anak saya ke hospital kerana mereka terlalu takut di rumah, tapi di sini mereka bertambah takut," kata Hossein, 40, yang melarikan diri ke hospital bersama isteri dan lima anaknya sebaik saja kereta kebal mulai masuk selepas Subuh.

"Rumah jiran kami musnah sama sekali dalam pertempuran itu, menyebabkan kami terpaksa menyelamatkan diri," katanya. � AFP

Dipetik daripada Berita Harian Online-16/01/2009